Mengikut
Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universisti
Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk
amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama
globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan
untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.
Dalam
hal ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk menghadapi cabaran
globalisasi pendidikan ini antaranya, menubuhkan Multimedia Super
Corridor (MSC) dan mengembangkan sekolah-sekolah bestari. Selain itu,
mereformasikan kurikulum sekolah dengan melaksanakan pengajaran Sains
Matematik dalam bahasa Inggeris atau dikenali sebagai PSMI dan
penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang untuk penubuhan
kolej dan universiti swasta dalam negeri.
Untuk
menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang
berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi,
ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu
dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang
tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh
tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas
pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu
berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar
maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini
perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar.
Seseorang
guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya dalam
perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan
negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif
iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan
kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan
manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada
perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan
bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu
berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi,
inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.
Salah
satu nilai aspirasi dalam penerapan “Satu Malaysia” adalah budaya
inovasi dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia
untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang
diceburi perlu dititikberatkan.
Rakyat
Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi
pemimpin dalam bidang masing-masing. Rakyat Melaysia perlu berani
mencari penyelesaian baru dalam menangi masalah dan sentiasa bersedia
untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benar-benar
maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang
tinggi.
Budaya
ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa
memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang
hayat. Justeru itu, globalisasi dan cabaran pendidikan amat bertepatan
dengan konsep “Satu Malaysia” itu sendiri.
Jadi
untuk merealisasikan konsep “Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan
kriteria globalisasi dan cabaran pendidikan kerana kemajuan dan
pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan.
0 comments:
Post a Comment