FAKTOR DALAMAN
(a) Perwatakan
Perwatakan manusia ini berbeza-beza. Oleh kerana itu
adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika
dilihatkadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak
meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati mata
pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang
dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan,pelbagai minat dan
nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada
pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu
kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri
kita.
(b) Kendiri yang
terlalu ideal
Manusia mempunyai cita-cita dan impian
yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi
kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang
menjadi masalahnya ialah apabila manusia tidak bertindak untuk mengejar impian tersebut.
Cita-cita dan Impian tinggi tapi usaha kosong ? Sebagai contoh kita melihat
pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah
berjaya, tetapi kita sedikit pun tidakberusaha ke arah itu, malah kita
masih dengan tabiat yang lama seperti meniru kawan, membuang masa dan
sebagainya. Perkara ini sangat tidak tepat sekiranya kita tidak menyeimbangkan
antara usaha dan cita-cita.
(c)
Kognitif
Kognitif adalah pemikiran yang wujud
dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau
banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang
merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan
sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini
mudah mengalami stress kerana berfikiran lemah. Justeru, kita tidak
dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress akan
mudah datang kepada manusia seperti ini. Oleh hal yang demikian, kita perlu
memberikan perhatian dari sudut itu.
(f) Tidak
selaras personaliti
Stress hadir apabila manusia tidak
mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam kerjaya.
Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu ingin
menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini
menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada.
Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenalpastinya
sungguh-sungguh.
(d) Kelemahan dalam
komunikasi dan berbahasa
Stress juga terjadi kepada manusia
yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan
berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan
seseorang yang lain. Dengan itu, segala maklumat yang ingin disampaikan tidak
diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan
sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.
(e) Keperluan dan
kemahuan
Setiap manusia pasti mempunyai
keperluan dan kemahuan masing-masing dalam kehidupan ini. Cuma, yang
membezakannya samaada keperluan dan kemahuan itu sedikit atau banyak. Sebagai
contoh, remaja yang kekurangan kasih sayang dalam hidupnya boleh mendatang
stress yang besar kepada dirinya. Sebuah keluarga yang hidup dalam kemiskinan
dan tidak mempunyai keperluan yang mencukupi akan mengalami stress jika tidak
ditangani dengan baik.