Stress - Kalangan Guru

Gambaran peta minda mengenai tekanan emosi dalam kalangan guru . 

Hasil Pembelajaran :
  1. Mengenal pasti tanda-tanda tekanan emosi yang dihadapi oleh guru.
  2. Membincangkan kes-kes tekanan emosi dalam kalangan guru.
  3. Menghuraikan langkah-langkah untuk menangani dan mengurus tekanan emosi yang dihadapi oleh guru.


Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru

  • Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca stres bagi guru adalah perubahan (Zakiah Binti Arshad, 2003).
  •  Sebagai pengurus pembelajaran, guru perlu merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar setiap hari Esah Sulaiman (2003). 
  • Antara faktor-faktor yang menyebabkan stres guru ialah depersonalisasi, kejayaan diri, ketandusan emosi, lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja.
  •  Depersonalisasi ini adalah merujuk kepada keadaan emosi seseorang guru seperti cara melayan pelajar dan macam mana seseorang guru itu mengatasi masalah pelajarnya. 
  • Kejayaan diri merujuk kepada cara seseorang guru untuk mencapai kejayaan untuk melihat pelajarnya mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran.
  •  Ketandusan emosi pula merujuk kepada perasaan guru yang kuat dalam menjalankan tugas tanpa merasa marah, sedih dan bersifat sentimental.
  • Persekitaran kerja juga mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas harian mereka antaranya keadaan persekitaran kelas, kemudahan alat bantu mengajar dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan guru dan pelajar.