FAKTOR LUARAN
(a) Sosial dan
tempat kerja
Selalunya kita
tidak terlepas dari hubungan dengan orang lain. Manusia juga bekerja dan di
tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru
hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi
yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia, masalah tidak boleh lari.
Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari
masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang
berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan.
Apabila hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi
penyumbang kepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.
(b) Hubungan dengan keluarga
Ramai orang mengalami stress
kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-anak yang tidak
baik. Ketegangan yang berlaku alam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan
hasil yang tidak baik. Misalnya, ibu tidak lagi memberi penghargaan
kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan
ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur
dan inilah bibit-bibit yang bakal mencetuskan kehancuran institusi
keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru, perkara ini
perlu diberi perhatian. Maka kita perlu mencorakkan satu hubungan yang
penuh empati dan memahami antara satu sama lain. Hubungan ini dijalinkan
berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu
lain.
(c)
Persekitaran
Persekitaran dan keadaan cuaca yang
tidak stabil juga boleh menyebabkan stress. Contohnya, para pelajar membuat
bising di dalam kelas . Keadaan ini boleh mendatangkan stress kepada pelajar
lain yang sedang belajar. Cuaca yang tidak menentu seperti panas terik boleh
menyebabkan stress kepada petani yang sedang bekerja. Oleh itu, stress
ini boleh di atasi dengan cara yang baik jika tahu bagaimana cara untuk
mengatasinya.